SEBATANG BULUH TIDAK BISA BERDIRI DENGAN SENDIRI
SERUMPUN BULUH TIDAK BISA DIGOYAH!!
Hidup Islam | Menjana Generasi Rabbani Demi Membina Tamadun Khaira Ummah
2 Disember 2009
PROGRAM ALUMNI JAMBORI BERSAMA MASYARAKAT
Masa : Rabu
Tempat : Masjid Jamek Pekan Benut Pontian Johor & kawasan sekitar
Sasaran Peserta : Alumni Jambori Remaja Islam dan Masyarakat Sekitar...
Anjuran : Kesatuan Pelajar Islam Johor dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Pekan Benut
Modul Program : Gotong Royong & Khidmat Masyarakat
Ayuh !!! turun beramai-ramai kida berkhidmat untuk masyarakat.... Erti Hidup Untuk Memberi..
Keterangan Lanjut Hubungi : Sdr Khairullah 013-2229724
25 hingga 27 Disember 2009
PROGRAM MENARA GADING SIRI 1 (PMG 1)
13 hingga 15 Februari 2009
PROGRAM MENARA GADING SIRI 2 (PMG 2)

Kami, mewakili NGO-NGO Islam yang telah dikaitkan oleh Dr. Asri dalam sidang akhbar yang diadakan olehnya semalam (31 Oktober 2009) ingin membuat penjelasan-penjelasan berikut :-
Kami NGO-NGO Islam telah pun mengemukakan pandangan kami kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan kami menyerahkan kepada Ke Bawah Duli untuk mempertimbangkan pandangan jujur dan ikhlas kami tersebut.
Ditandatangani oleh :
…………………………………….
MOHAMAD ISA BIN ABD RALIP
Presiden
Persatuan Peguam Syarie
Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyokong Kenyataan Media/Respon ini :-
Pada 15 Oktober 2009 (Khamis) ABIM Johor telah membuat laporan polis dan menyerahkan memorandum kepada Jabatan Agama Islam sebagai responsif kepada tindakan Sister In Islam (SIS) yang menghina Islam dalam akhbar The Star. Semua yang hadir telah berkumpul di Pejabat ABIM Johor. Seramai 9 orang telah hadir pada hari tersebut. Antaranya Dr. Shahrum Shah (YDP ABIM Johor), Ust. Razak Aripin (TYDP ABIM Johor), Sdr. Salehuddin (SUA ABIM Johor), Sdri. Sakinah (Bendahari KPIJ Pusat), dan beberapa exco ABIM Johor dan pimpinan KPIJ Matrix UIA Nilai.
Taklimat telah disampaikan oleh Ust. Razak Aripin (TYDP ABIM Johor) dan setelah itu kami telah bergerak ke Biro Penguatkuasaan, Jabatan Agama Johor bagi menyerahkan memorandum sebagai responsif kepada tindakan SIS melalui memorandum mereka ’Justice For Kartika’ kepada PM. Seterusnya kami telah ke Biro Penyelidikan Jabatan Agama Islam bagi mengesahkan kenyataan Akhbar tersebut sebelum diambil tindakan oleh pihak yang berkuasa. Dan akhirnya pada 16 Oktober 2009 ABIM Johor telah membuat laporan polis di balai polis
Dibawah ini adalah memorandum yang telah diserahkan kepada Jabatan Agama Johor.
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) NEGERI JOHOR
Kompleks Mustika Embun, No. 10 Jalan Abdul Rahman Andak
80100 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim
Tel. : 07 – 221 6355 / 019 – 7718648 (24 Jam) Fax : 07 – 221 3562
Saya Hj. Ab. Razak Bin Aripin No. Kad Pengenalan 750101-01-9273 mewakili ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA Negeri Johor ingin membuat laporan terhadap pertubuhan Sisters In Islam (SIS) yang membuat kenyataan yang menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina serta mengelirukan masyarakat Islam dan terpesong daripada ajaran Islam. Ini berdasarkan laporan dalam akhbar The Star bertarikh 1 Oktober 2009, di muka surat N 36.
Kenyataan Zainah Anwar, Ahli Lembaga Sisters In Islam (SIS):
“While the Prime Minister and Foreign Minister have always tried to project Malaysia as a model Islamic country, whipping was unacceptable and could be seen as too severe”.
“Foreigeners are to come to our country because of the moderate image we portray but, when they come here, they are shocked to find level of conservatism practiced. So where is this model Muslim country we have been trying to promote?”
Kenyataan Dr Hamidah Marican, Pengarah Executive Sisters In Islam (SIS) yang turut menganjurkan pemansuhan hukuman sebatan sama ada di Mahkamah Sivil atau Syariah dengan kenyataan berikut:
SIS executive director Dr Hamidah marican called for a repeal of laws which allow for whipping as punishment, regardless of whether it was in civil or Syariah legislation.”
“It is a torture and breach of human rights. We teach our children not to hit each other but then what are we, as adults and role models, showing the little ones if we condone such and act?”
Dr Hamidah Marican juga sekali lagi mengulangi kenyataannya di dalam akhbar Sinar, bertarikh 1hb Oktober, 2009 dengan menyatakan bahawa;
“Jika Kartika disebat, persepsi terhadap Malaysia sebagai sebuah Negara Islam akan tergugat selama-lamanya’ katanya.
SIS juga telah menganjurkan kempen menandatangani “Memorandum on Justice for Kartika” dalam usaha mereka untuk mengumpul sokongan serta tandatangan bagi menghapuskan hukuman sebatan terhadap Kartika. Di dalam memorandum tersebut SIS sekali lagi mengulangi kenyataan mereka yang menghina Undang-undang Jenayah Syariah Islam di Malaysia apabila mereka menyatakan bahawa;-
“In 2005, Sisters in Islam, a member of JAG submitted a memorandum to the Government to reiterate its call for the Syariah Criminal offences laws to be repealed on the grounds that they have no basis in Islamic legal theory and practice; they conflict with the Federal Constitution and that they conflict or overlap with the Penal Code and other federal laws. “
The Government must show the political will and courage to once and for all deal with the implications of such intrusive moral policing laws. The implementation of these laws continues to raise numerous profound and controversial issues at the Islamic, constitutional, and human rights levels. They also fail to reflect the changing realities of Malaysian life today. The continual public outrage over moral policing laws reflects the disconnect between state control of private lives and personal choices, and how Malaysians view their entitlements to these rights. This can no longer remain unresolved.
Saya memohon kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat perkara ini memandangkan kenyataan-kenyataan tersebut yang dibuat secara lisan atau bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau dengan apa-apa cara lain menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina serta mempersenda atau menyebabkan dipandang hina mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa khususnya Undang-undang Jenayah Syariah yang sedang berkuatkuasa di negeri Johor yang berhubungan dengan agama Islam.
Yang benar,
....................................................................
Nama: Hj. Ab. Razak Bin Aripin
Kad Pengenalan: 750101-01-9273
No. telefon: 07-2216355 / 019-7822897
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) melahirkan rasa kesal di atas rancangan sesetengah pihak yang menganjurkan konsert Beyonce Iam World Tour live in Malaysia pada 25 Okotber 2009 ini. Penganjuran konsert terbabit jelas menunjukkan yang ia bertentangan dengan budaya dan norma-norma kehidupan masyarakat timur.
Kehadiran artis luar ini dikhuatiri akan mempersembahkan persembahan yang melanggar garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, melihat kepada latar belakang dan sejarah penyanyi berkenaan. Tambahan pula tayangan iklan dan klip video artis tersebut dilihat tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia. Mengikut kod 15.2 daripada suruhanjaya tersebut menyatakan pemakaian artis wanita yang ingin membuat persembahan di Malaysia adalah seperti berikut:
| i) | pakaian hendaklah lengkap, kemas sopan dan tidak terlalu ketat; |
| ii) | pakaian hendaklah tidak mendedahkan sebahagian besar dada dan perut; |
| iii) | skirt hendaklah di bawah paras lutut; dan
|
| iv) | kain berbelah (slit) sama ada di hadapan, di tepi atau di belakang hendaklah tidak melebih dua (2) inci di atas paras lutut. |
Selain itu, kod 15.3 menyatakan bahawa Artis Lelaki dan Wanita perlu mematuhi garis panduan seperti di bawah:
| i) | muka hendaklah tidak diconteng; |
| ii) | pakaian hendaklah tidak koyak atau bertampal-tampal; |
| iii) | pakaian hendaklah tidak terlalu jarang atau yang memberikan kesan jarang; |
| iv) | pakaian hendaklah tidak memaparkan simbol, perkataan sumbang atau gambar lucah; |
| v) | jenis-jenis pakaian hendaklah tidak mnembayangkan pemakainya tidak berpakaian; |
| vi) | baju hendaklah berlengan kecuali semasa berpakaian tradisional; |
| vii) | tatu hendaklah tidak dipamerkan pada mana-mana bahagian tubuh badan kecuali sememangnya menjadi unsur budaya seseorang artis itu; dan |
| viii) | Perwatakan hendaklah tidak berlawanan dengan jantina sebenar kecuali dengan kebenaran |
PKPIM juga amat kecewa dengan penganjuran serta kebenaran penglibatan masyarakat Muslim dalam konsert Black Eyed Peas yang dianjurkan oleh Guiness Brewery baru-baru ini. PKPIM melihat penganjuran konsert terbabit tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam kerana syarikat yang menganjurkannya juga menjual minuman keras serta membawa sekali budaya negative semasa konsert itu berlangsung.